Kebaikan Program Kitar Semula

Kebaikan Kitar Semula 1. Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Dalam pada itu, kitar semula juga dapat menjana pendapatan. Hal ini kerana tin-tin dan kertas-kertas lama boleh dijual semula kepada pusat-pusat kitar semula sekali gus menjana pendapatan kita. Konklusinya, kitar semula adalah suatu program yang sangat bermanfaat.

ProgramKebaikan Program Kitar Semula

KUALA LUMPUR: Kesedaran rakyat Malaysia perlu ditingkatkan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah, selari pertumbuhan penduduk di negara ini.

Usaha untuk menjamin kelestarian alam sekitar itu berupaya dicapai menerusi konsep baharu, 5R iaitu 'Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery' atau 'Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan'.

Kebaikan Program Kitar Semula Yang

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan, berkata penerapan konsep 5R berdepan rintangan sukar jika tidak mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat.

Kegagalan itu, katanya, bakal memberi impak kepada objektif kerajaan untuk mencapai sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang 2020.

Warga

'Rakyat Malaysia diyakini sudah memahami dan mengamalkan kitar semula sama ada di rumah atau di pejabat, namun skalanya boleh ditingkatkan.

'Antara kejayaan yang ditempa adalah di Kampung Baru ini apabila pengetahuan mengenai kitar semula semakin baik.

Kebaikan Program Kitar Semula Di Sekolah

'Ia diterjemahkan menerusi jumlah kutipan sisa kitar semula dari kawasan ini mencapai dua tan sejak sistem pengasingan sisa di peringkat sumber diperkenalkan tiga tahun lalu,' katanya berucap pada program Keajaiban 3R, di sini, pagi ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-ekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari.

Mohd Zain berkata, penambahan dua R pada peringkat permulaan dan terakhir, iaitu 'tolak' dan 'pemulihan' tidak semestinya dilakukan secara drastik.

Katanya, usaha itu sebaliknya boleh disemai di peringkat asas sehingga ia berupaya menyuntik disiplin dalam diri, keluarga, jiran tetangga dan rakan.

'Berdasarkan paksi ini, Alam Flora melancarkan program transformasi kawasan perkhidmatan, iaitu 'satu penyelia, satu kawasan' atau 1S1T yang bertujuan untuk menceriakan kawasan, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat,' katanya.

Sebagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Alam Flora, 1S1T mula mengorak langkah pasca pelancarannya di peringkat Wilayah Persekutuan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin, pada November tahun lalu di Kampung Malaysia Raya.

Kitar

Pelancaran peringkat negeri Pahang pula diadakan di Temerloh pada Disember, tahun lalu.